15 Adun Perikatan Nasional adakan pertemuan dengan TYT Melaka


MELAKA: 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perikatan Nasional hari ini mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob bagi mempersembahkan Akuan Bersumpah (SD) yang baharu. Rombongan diketuai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh itu tiba kira-kira jam 3.45 petang di Pejabat Tuan Yang Terutama