300 jemaah terawal dibenarkan solat Jumaat



KUALA NERUS: Masjid Jamek Kampung Gong Pak Jin (MJKPJ), Tepoh, Kuala Terengganu menetapkan hanya 300 jemaah yang dibolehkan menunaikan solat Jumaat, hari ini.


Pengerusi MJKPJ, Mohd Zaki Mat Yakim, berkata hanya jemaah yang datang seawal jam 12 tengah hari sahaja yang akan dibenarkan masuk ke masjid.


"Mereka perlu datang awal untuk memberi kemudahan kepada petugas menjalankan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk memeriksa suhu badan jemaah sebelum memasuki masjid.


"Hanya satu pintu dibuka di masjid dan mereka perlu masuk secara bersistematik dengan penjarakan sosial satu meter dan kawalan ketat.


"Sejadah perlu dibawa sendiri jemaah daripada rumah dan pemakaian pelitup muka diwajibkan untuk semua jemaah datang menunaikan solat Jumaat," katanya ketika ditemui pada Program Persiapan Solat Jumaat susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di MJKPJ, di sini, hari ini.


Mohd Zaki berkata, pihaknya menetapkan 300 jemaah dibolehkan menunaikan solat Jumaat bersesuaian dengan kapasiti masjid yang hanya boleh memuatkan 1,000 jemaah pada satu masa.


"Sesetengah masjid menggunakan kaedah jemputan iaitu hanya penduduk yang menerima jemputan boleh datang ke masjid solat Jumaat ketika ini," katanya.


Ahli Jawatankuasa Masjid (AJK) dan Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan bekerjasama bagi memastikan SOP yang ditetapkan dipatuhi.


"Pihak masjid sudah buat persiapan termasuk meletakkan penanda tempat dan garisan penjarakan sosial dan nyah kuman di masjid mengikut saranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu


"Jika SOP ditetapkan dipatuhi solat Jumaat boleh diteruskan pada minggu seterusnya, jika gagal mungkin larangan solat Jumaat dilakukan seperti sebelum ini," katanya.




Sumber: Berita Harian

0 views0 comments

Recent Posts

See All
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.