5 topik sembang untuk hari ini

KUALA LUMPUR: SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu. 1. Perkembangan COVID-19 dalam negara Setelah 11 hari tiada kes baharu dilaporkan, gelombang kedua COVID-19 bermula pada 27 Feb sehingga 4 Mac yang menyaksikan terdapat 28 kes positif COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi gelombang kedua terdapat satu kluster COVID-19 yang melibatkan kes positif ke-26.

Katanya, gelombang pertama COVID-19 di Malaysia merangkumi 22 kes yang kesemuanya telah sihat dan dibenarkan pulang. Beliau turut berkata, premis-premis yang telah dikesan kes positif COVID-19 tidak perlu ditutup dan memadai dengan langkah disinfeksi.


Menurutnya, kes COVID-19 di Malaysia masih dalam keadaan terkawal dan semua pihak diminta tidak menularkan maklumat yang boleh menyebabkan kebimbangan orang awam.  2. COVID-19 di luar negara Kerajaan Arab Saudi kini menghalang rakyatnya sendiri untuk memasuki kota Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah kerana risiko penyebaran wabak COVID-19. Sementara itu, Thailand pada Rabu mengumumkan kuarantin selama 14 hari bagi semua warganya yang pulang dari Daegu, Korea Selatan dan wilayah Gyeongsang. Kementerian Kesihatan Singapura pula mengesahkan dua lagi kes jangkitan COVID-19 pada Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kepada 112. Sementara itu, China, di mana bermulanya koronavirus ini sejak Disember tahun lalu, kini dihujani pujian kerana berjaya mengenal pasti penyakit itu melalui cara pengasingan genome dengan pantas. 3. Perkembangan politik negara Susulan pelantikan Perdana Menteri di peringkat persekutuan, persoalan masih belum terjawab sepenuhnya mengenai pentadbiran kerajaan di peringkat negeri. Di Johor, rakyat menunggu siapakah 10 barisan Exco baharu kerajaan negeri, yang merupakan negeri pertama berlakunya peralihan kerajaan. Sementara itu, turut menjadi tanda tanya, siapa bakal Ketua Menteri Melaka yang baharu dan adakah Perak bakal mendapat Menteri Besar baharu. Selain itu, turut menarik perhatian, komen dibuat Exco Perak dari DAP, Dr Abdul Aziz Bari yang berkata, beliau tidak akan menangis sekiranya terpaksa melepaskan jawatannya pada bila-bila masa. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi itu berkata, sebagai orang politik, beliau sentiasa bersedia menghadapi apa juga kemungkinan.  4. Keputusan SPM hari ini Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 akan diumumkan hari ini. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM mereka dari sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.  Calon juga boleh menyemak keputusan melalui mySMS 15888. Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula 10 pagi ini dan ditamatkan jam 6 petang esok. Di saluran Astro AWANI 501, kami membincangkan, apa selepas SPM, pagi ini. 5. Keputusan perlawanan bola sepak Piala FA England Leicester 1 -0 Birmingham Sheff Wed 0 -1 Man City Tottenham 1 -2 Norwich


Sumber: Astro Awani

2 views0 comments

Recent Posts

See All