8 Aktiviti Di Rumah Yang Korang Boleh Buat Melalui App Atau Online



Sekarang ni, ramai di antara kita yang dah pun terbiasa dengan normal baharu, contohnya seperti memakai topeng muka, mencuci tangan dengan kerap, dan keluar rumah apabila perlu sahaja. Kalau korang berada di rumah, apa kata korang check out lapan aktiviti online yang menarik ni:


#1 Belajar memasak


Memasak ialah salah satu kemahiran hidup yang paling penting sekali, tak kiralah korang lelaki atau perempuan. Dengan skill memasak, senang sikit korang nak survive dan jimat perbelanjaan harian. Selain YouTube, korang boleh tonton video masakan yang ada di Facebook atau Instagram, seperti Rasa Pop yang memaparkan video masakan di bawah 5 minit!


#2 Ambil kelas kreatif seperti senireka grafik


Teringin nak belajar penulisan lirik lagu, buat animasi sendiri, atau senireka grafik? Korang boleh ambil kelas kreatif macam ni di platform pembelajaran seperti FutureLearn atau SkillShare.


#3 Buat “Karaoke Night” dengan teman-teman melalui karaoke app


Lebih seronok kalau nyanyi bersama-sama berbanding solo. Ajak teman-teman korang berkaraoke melalui aplikasi karaoke yang popular seperti Smule.


#4 Bertanding dengan teman-teman dalam cabaran senaman di rumah


Lawan siapa yang ada badan paling sado danfit! Gunakan app senaman yang membantu dalam merekodkan progres korang atau yang menawarkan pelbagai program senaman di rumah secara percuma, contohnya seperti 7 Minute Workout, Runtastic, atau MyTraining. Semua app ni memaparkan pelbagai video senaman. Lepas tu korang boleh kongsi rutin korang di media sosial!


#5 Main permainan online


Antara permainan online klasik yang boleh dimainkan seorang diri termasuklah Piano Online, Happy Glass, Tic Tac Toe, dan Word Search. Kalau bosan main sorang-sorang, korang boleh main multiplayer seperti Skribbl.io, Minecraft, Krunker.io, Bunch, dan Houseparty.


#6 Belajar berkebun dan show off kebun hasil titik peluh korang


Berkebun bukan untuk orang tua je tau! Kebolehan berkebun tu amat berguna kerana ia boleh membantu korang jimat perbelanjaan dapur, selain mencantikkan taman atau ruang kebun di rumah korang. Nampak berseri sikit rumah tu! Korang boleh belajar tips untuk berkebun di YouTube. Jangan lupa tunjuk hasil titik peluh korang tu di media sosial!


#7 Tonton filem tanpa perlu ke panggung wayang


Siapa kata menonton filem di rumah tu tak menyeronokkan? Korang boleh pilih untuk tonton filem apa saja yang disukai pada bila-bila masa. Korang boleh tonton online di platform seperti Astro Go yang menyajikan pelbagai pilihan menarik.


#8 Buat video TikTok yang paling kelakar


Kalau korang dan teman-teman gemar berTikTok, ajak mereka buat video paling kelakar dan kreatif, dan kongsikan ia bila masing-masing dah selesai berTikTok.


Dengan semua aktiviti yang menarik ni, confirm korang tak akan rasa bosan lagi! Tapi, kalau tak cukup data atau panggilan terhad pun tak jalan jugak. Korang kena ada data yang mencukupi dan panggilan tanpa had baru boleh nikmati semua aktiviti ni.




Sumber: ERA


2 views0 comments

Recent Posts

See All
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.