91 orang dikompaun, 26 direman ingkar PKPP



MENJALANKAN aktiviti pelacuran antara kesalahan dikesan dilakukan individu ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, polis menahan 117 individu kerana mengingkari arahan dan daripada itu, 91 individu dikompaun, manakala 26 lagi direman


"Antara kesalahan yang dilakukan mereka adalah gagal menyediakan peralatan atau catitan keluar masuk, tidak memakai pelitup muka dan premis beroperasi lebih masa selain, menjalankan aktiviti pelacuran dan aktiviti membabitkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal.


"Pasukan Khas Operasi Pematuhan juga membuat pemantauan di 3,988 pasar raya; 5,731 restoran; 1,500 penjaja; 1,692 kilang; 3,907 bank dan 1,033 pejabat kerajaan.


"Turut diperiksa 1,124 terminal pengangkutan darat; 212 terminal pengangkutan air serta 139 terminal pengangkutan udara," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Dalam perkembangan berasingan, Ismail berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan


Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis barangan di 720 premis perniagaan termasuk peruncit, pemborong dan pengilang, semalam.


"Pegawai penguat kuasa KPDNEHP juga melakukan 992 pemeriksaan khas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP dan mendapati 980 premis mematuhi SOP, namun 11 premis diberi nasihat dan satu premis diberi amaran.


"Secara keseluruhan, bekalan barang keperluan mencukupi dan mampu menampung permintaan berterusan serta mudah diperoleh," katanya.



Sumber: Harian Metro

0 views0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.