'Ada majikan tidak salur subsidi upah kepada pekerja'


PUTRAJAYA: Kerajaan ada menerima maklumat terdapat majikan yang tidak menyalurkan subsidi upah kepada pekerja mereka dan ini sudah melanggar syarat kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.


Beliau berkata, bantuan rangsangan ekonomi tidak seharusnya disalah guna malah majikan perlu lebih bertanggungjawab dengan tidak mengambil kesempatan serta menganiaya pekerja mereka.