Aktivis sosial beri keterangan berhubung hantaran di FB



PUTRAJAYA, 7 Julai -- Pengarah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Refuge for the Refugees Heidy Quah hari ini memberikan kenyataan kepada pihak polis berhubung hantaran di Facebooknya berkaitan dakwaan penganiayaan terhadap pelarian di pusat tahanan Imigresen.

Quah, 26, yang diiringi peguamnya, New Sin Yew,  memberikan kenyataan kira-kira dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Bercakap kepada pemberita di luar ibu pejabat polis itu, Quah berkata beliau telah menyerahkan telefon bimbitnya kepada polis, dan akan memberikan kerjasama penuh bagi membantu siasatan.


Menurut New, Quah disiasat susulan satu laporan polis yang dibuat Jabatan Imigresen terhadap hantaran di Facebooknya.

Beliau berkata Quah disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penyalahgunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. -- BERNAMA




Sumber: Bernama

0 views0 comments