Al Jazeera sedia bekerjasama dengan polis


KUALA LUMPUR: Stesen penyiaran antarabangsa, Al Jazeera akan memberi kerjasama penuh dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung siasatan penerbitan dokumentari berbaur fitnah 'Locked Up In Malaysia's Lockdown' terbitan mereka.


Peguam Hisyam Teh Poh Teik, berkata beberapa kakitangan Al Jazeera hadir ke Bukit Aman, hari ini untuk memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman seperti yang diarahkan PDRM.


Beliau dalam sidang medianya di perkarangan Bukit Aman di sini tadi, memaklumkan kehadiran kakitangan Al Jazeera dengan ditemani beberapa pengamal undang-undang adalah bagi memenuhi keperluan siasatan polis.


Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jumlah kakitangan Al Jazeera dan pengawal undang-undang yang hadir ke Bukit Aman, hari ini atas faktor keselamatan.


Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihak Al Jazeera turut membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam selepas menerima pelbagai ugutan.


"Mereka bimbang dengan beberapa ugutan yang diterima melalui pelbagai medium termasuk dalam talian melalui komen pengguna media sosial.


"Justeru mereka membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan diri masing-masing terutama yang terbabit dengan penerbitan dokumentari berkenaan," katanya.




Sumber: Berita Harian

1 view0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.