Amaran Messi


MADRID: Lionel Messi yang kecewa meminta perubahan selepas Barcelona memberikan gelaran La Liga kepada Real Madrid awal pagi tadi sambil memberi amaran bahawa pasukan itu akan tewas dalam Liga Juara-Juara jika mereka gagal meningkat.


Cabaran Barca untuk gelaran tamat di Camp Nou, ketika mereka tewas 2-1 di tangan Osasuna manakala Madrid menang 2-1 di laman sendiri kepada Villarreal yang memastikan gelaran juara Sepanyol.


Kekalahan meningkatkan tekanan terhadap jurulatih Quique Setien, yang mengambil alih pasukan pada Januari dengan Barcelona berkedudukan teratas liga.


Presiden kelab, Josep Maria Bartomeu berkata Setien akan terus kekal mengemudi pasukan untuk Liga Juara-Juara bulan depan dengan Barca akan bermain perlawanan kedua di laman sendiri menentang Napoli dalam kelompok 16 terakhir selepas seri 1-1.

"Pasukan sudah mencuba tetapi tidak boleh melakukannya, banyak perlu diperbaiki dan pada hari ini, dalam babak pertama mereka lebih baik daripada kami," kata Messi.


"Saya sudah katakan lama dahulu, jika kami terus bermain seperti ini, adalah sukar untuk menang Liga Juara-Juara dan ia ditunjukkan dalam La Liga juga.


"Jika kami mahu menang Liga Juara-Juara kami perlu banyak berubah, dan jika tidak perlawanan berdepan Napoli, kami juga akan tewas."



Sumber: Berita Harian

0 views0 comments