Bola sepak Sepanyol kembali



MADRID: Bola sepak Sepanyol kembali buat pertama kali selepas tiga bulan semalam dengan Rayo Vallecano dan Albacete meneruskan aksi babak kedua Segunda mereka yang tertangguh sejak Disember.


Perlawanan itu berlangsung secara tertutup di stadium Vallecas dan Luis Advincula memberikan kemenangan 1-0 buat tuan rumah selepas terikat tanpa jaringan dan Albacete kehilangan seorang pemain pada babak pertama Disember lalu.


Selepas 92 hari La Liga ditangguhkan akibat pandemik COVID-19, perlawanan liga divisyen dua itu memberi bayangan suasana bakal dihadapi bola sepak Sepanyol apabila bermain tanpa penonton dan terikat dengan protokol perubatan yang ketat.


Saingan La Liga akan bersambung hari ini dengan pertemuan tetangga Seville antara Sevilla dan Real Betis.


Perlawanan asal antara Rayo dan Albecete terpaksa ditangguhkan selepas penyokong Rayo, menyanyikan lagu memanggil pemain Albacete Roman Zozulya sebagai Nazi.


Zozulya menyertai Rayo secara pinjaman pada tahun 2017. - AFP



Sumber: Berita Harian

0 views0 comments