Budak 7 tahun maut jatuh flat



KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun meninggal dunia selepas terjatuh daripada tingkat empat di sebuah flat di Batu 2, Jalan Tuaran, di sini, malam tadi.


Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, kanak-kanak terbabit yang tinggal bersama neneknya dikatakan terjatuh dari beranda dapur.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata ketika kejadian, nenek mangsa berusia 52 tahun itu dikatakan berada di dalam tandas.


Katanya, wanita itu hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar jeritan orang ramai dari tingkat bawah rumah flat berkenaan.


"Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Queen Elizabeth II (HQEII).


"Ibu dan bapa mangsa yang bekerja sebagai pembersih awam tinggal rumah lain tetapi di flat yang sama," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Habibi berkata, setakat ini siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.



Sumber: Berita Harian

0 views0 comments