Bunyi letupan di langit Sabah disebabkan tahi bintang



Kuala Lumpur: Bunyi letupan di langit yang didengar di beberapa kawasan di Sabah, Brunei dan utara Sarawak, semalam dipercayai berpunca daripada meteor (tahi bintang) .


Ia disahkan oleh Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD), hari ini.


"Meteor dikesan memasuki ruang udara Brunei pada jam 11 pagi. Saksi mengatakan ia menghasilkan bunyi kuat dan asap," katanya.


Menurut PADB, pihaknya sudah menerima maklumat dan foto dari saksi kejadian.


Semalam, media melaporkan penduduk di beberapa lokasi di Sabah termasuk Sipitang dan Beaufort, mendengar bunyi letupan berkenaan.


Selain itu, ia didengari di Labuan dan Brunei.



--Agensi

1 view0 comments