Cabaran berbeza amil zakat fitrah


"SELAMA 25 tahun menjadi amil zakat fitrah, kali ini amat berbeza dengan tugasan pernah dilalui sebelum ini, "kata Saifuddin Abu, yang juga Imam Satu Masjid As-Syuhada, Sungai Udang, Melaka.


Beliau berkata, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik Covid-19 menyebabkan perkara biasa sebelum ini termasuk bersalam-salaman tidak lagi menjadi amalan, sebaliknya perlu memakai penutup mulut dan hidung serta menggunakan pensanitasi tangan.


Menurutnya, memastikan penjarakan sosial antara langkah kekal prosedur operasi standard (SOP) untuk memastikan wabak berkenaan tidak merebak kepada orang ramai termasuk amil dan pembayar zakat.


"Bagaimanapun, jumlah pembayar jauh berkurang berbanding sebelum ini berikutan mereka boleh membuat pembayaran secara dalam talian menjadi trend semua urusan ketika ini terutama sepanjang PKP.


"Mungkin masih awal Ramadan dan bagi ketua keluarga kurang mahir dengan pembayaran dalam talian memilih membayar zakat fitrah dengan amil," katanya.


Menurutnya, atas permintaan ramai, dia membuka ruang di masjid berkenaan dan membenarkan seorang sahaja pada sebelah pagi sehingga 2 petang, sementara di perkarangan surau Taman Terendak Permai pada sebelah petang.


Justeru, katanya, dia sentiasa mematuhikan berkenaan yang dilakukan dengan teliti dan dipatuhi individu sebelum membuat pembayaran.


Sebelum ini, Ketua Menteri , Datuk Sulaiman Md Ali berkata, kerajaan negeri menyarankan 947 amil dilantik di negeri itu mematuhi peraturan serta arahan digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Source: Harian Metro

2 views0 comments