COVID-19: 18 kes baharu, semua kes tempatan babitkan bukan warganegara


KUALA LUMPUR: Tiada kes penularan dalam negara COVID-19 membabitkan rakyat Malaysia hari ini daripada 14 kes tempatan wabak itu yang direkodkan setakat tengah hari tadi.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata secara keseluruhan sebanyak 18 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan 14 daripadanya adalah kes penularan dalam negara membabitkan bukan warga negara Malaysia.


Empat lagi ialah adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang membabitkan tiga rakyat Malaysia dan seorang warga asing yang juga pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja.


Dengan itu, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia ketika ini adalah 8,634.


Selain itu, terdapat 10 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini dengan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,318 kes iaitu 96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.


Dengan mengambil kira 18 kes baharu hingga jam 12 tengah hari ini tadi, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini adalah 195.


"Ingin dimaklumkan daripada 18 kes baharu yang dilaporkan, empat kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang membabitkan tiga orang warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara.


"Daripada 14 kes penularan dalam negara, semua kes adalah dalam kalangan bukan rakyat Malaysia dan tiada kes dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya melalui kenyataan, di sini, semalam.


Pada masa sama beliau berkata, tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini dan jumlah kumulatif kes kematian akibat wabak itu di Malaysia kekal 121 kes atau 1.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.


Hingga kini, sebanyak dua kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan.




Sumber: Berita Harian

1 view0 comments

Recent Posts

See All
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.