COVID-19: 36 kes baharu, paling rendah sejak PKP dilaksanakan


Bilangan kes positif baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini mencatatkan penurunan paling rendah iaitu hanya 36 kes direkod setakat ini.


Ia juga merupakan angka terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh Kerajaan sejak 18 Mac.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiada kematian dicatatkan sehingga pukul 12 tengah hari, dan jumlah kematian akibat COVID-19 kekal pada 89 kes



Sumber: Bernama

6 views0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.