COVID-19: Angka korban seluruh dunia hampir 196,000



ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat pada Jumaat.


Dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan 8,000 kematian menjadikan jumlah kumulatif angka korban meningkat kepada hampir 196,000.


Menurut statistik Johns Hopkins University, sebanyak empat negara mempunyai kes maut melebihi 20,000.


Amerika Syarikat kekal mencatatkan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara dengan kematian melebihi 40,000.


Negara Uncle Sam itu merekodkan 51,000 kes kematian pada keseluruhannya, diikuti Itali dengan hampir 26,000.


Sepanyol pula menjadi negara ketiga paling teruk dengan 22,000 kematian.


Dalam pada itu, Perancis merekodkan 21,000 kematian, manakala United Kingdom menghampiri angka 15,000.



Source: Astro Awani

3 views0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.