COVID-19: China kesan 4 kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam



BEIJING: Pihak berkuasa kesihatan China menerima laporan mengenai empat kes jangkitan terbaharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam.


Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) pada Jumaat, kes terbabit dikesan dari wilayah Jilin di timur laut negara itu, lapor agensi berita Xinhua.


Wilayah Jilin terletak bersempadan dengan Russia dan Korea Utara.


Kluster terbaharu kes jangkitan tempatan itu sekali gus meningkatkan kebimbangan berlakunya gelombang kedua dan langkah sekatan baharu bagi membendung penularan wabak berkenaan.


China sebelum ini menyatakan kebimbangan berhubung kes jangkitan import yang menyebabkan penularan baharu di negara itu selepas mendakwa bebas daripada wabak COVID-19.


Terdapat 11 kes baharu tanpa simptom yang dikira berasingan daripada kes yang menunjukkan simptom, kata NHC.


Dua daripadanya adalah kes import.


Ini menjadikan jumlah kes jangkitan di tanah besar China kepada 82,933 kes dan 4,633 kematian sejak bermulanya pandemik ini hujung tahun lalu di Wuhan.


Setakat ini 78,209 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar, menurut NHC. - Agensi



Sumber: Berita Harian

2 views0 comments