COVID-19: Kekal sifar kes penularan tempatan


KUALA LUMPUR: Malaysia terus merekodkan sifar kes bagi penularan tempatan COVID-19 dan hanya enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, hari ini.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes baharu itu membabitkan lima rakyat Malaysia dan seorang warga asing berstatus pemastautin tetap.


"Tiada pertambahan kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatifnya kekal sebanyak 121 kes iaitu 1.39 peratus daripada keseluruhan kes.


"Sebanyak 13 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kumulatifnya 8,499 kes iaitu 97.9 peratus daripada keseluruhan kes," katanya dalam satu kenyataan.



Sumber: Berita Harian

1 view0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.