COVID-19: Pelajar di semua institusi pengajian tinggi terima RM200 - Muhyiddin


KUALA LUMPUR: Pelajar di institusi pengajian tinggi akan menerima bayaran RM200 secaraone-off(sekali bayar) pada Mei ini, sebagai usaha meringankan beban yang dihadapi akibat penularan pandemik COVID-19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Sewaktu membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion hari ini, Perdana Menteri berkata, bayaran itu terbuka kepada semua pelajar di negara ini.


“Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM270 juta kepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS,” katanya lagi. 


Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman untuk peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020.

“Dengan anggaran kutipan sebanyak RM149.2 juta, inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 orang peminjam,” katanya lagi.


Pada pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah RM20 sebelum ini, kerajaan telah menangguhkan bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada semua peminjam selama enam bulan melibatkan kutipan sebanyak RM750 juta.


Sumber: Astro Awani

3 views0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.