COVID-19: Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac - PM


KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai Rabu ini, 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perintah kawalan tersebut dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. “Keutamaan kerajaan pada masa ini adalah mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. “Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin,” kata Muhyiddin dalam perutusan khas mengenai situasi semasa COVID-19 pada Isnin malam.


[INFOGRAFIK] Perintah Kawalan Pergerakan (18 Mac 2020 - 31 Mac 2020)

Sumber: Astro Awani

Beliau berkata, tindakan ini mesti diambul kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini.


Perutusan Khas Perdana Menteri mengenai situasi semasa penularan jangkitan #COVID19

Sumber: Astro Awani


“Kita tidak boleh menunggu lebih lama sehingga keadaan menjadi lebih meruncing. “Tindakan drastik perlu diambil dalam kadar segera untuk menyekat penularan wabak ini dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai. “Inilah satu-satunya cara untuk kita mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini dijangkiti wabak yang boleh meragut nyawa,” tambahnya.


Baca ucapan penoh Utusan Khas Perdana Menteri Mengenai Covid 19.


Sumber: Astro Awani

1 view0 comments

Recent Posts

See All
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.