COVID-19: Satu lagi kematian direkodkan


PUTRAJAYA: Selepas tujuh hari tiada kes kematian akibat COVID-19, hari ini Malaysia mencatatkan satu kes kematian menjadikan jumlah kumulatif 124 kes.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes kematian itu membabitkan seorang wanita berusia 63 tahun.


"Kes ke 8,743 itu mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan hypercholesterolemia. Beliau mempunyai gejala demam dan batuk pada 3 Julai lalu dan mendapat rawatan pada 9 Julai.


"Beliau kemudiannya dirujuk ke Hospital Umum Kuching pada hari yang sama untuk rawatan lanjut dan disahkan positif COVID-19.


"Keadaan wanita terbabit didapati merosot dan kemudiannya semakin tenat. Beliau disahkan meninggal dunia jam 12.04 tengah malam tadi. Pihak kementerian mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.




Sumber: Berita Harian

0 views0 comments