COVID-19: Tujuh kes baharu hari ini


PUTRAJAYA: Tujuh kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini membabitkan empat kes import dan tiga kes penularan dalam negara.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, empat kes import itu mendapat jangkitan dari Indonesia, Australia, Russia dan Pakistan.


Katanya, dengan pertambahan kes baharu itu ia menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,904 kes dengan jumlah kes aktif 179 kes.


"Sehingga jam 12 tengah hari ini, hanya satu kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih, di negara ini sebanyak 8,601 kes bersamaan 96.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.


"Tiada pertambahan kes kematian disebabkan COVID-19 hari ini dan jumlahnya kekal 124 kes," katanya dalam sidang media COVID-19 di sini hari ini.




Sumber: Berita Harian

0 views0 comments