Dikompaun, duduk rapat di kedai makan


KUCHING: Seramai 14 individu membabitkan lapan lelaki dan enam wanita, dikompaun RM1,000 setiap seorang kerana didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.


Pemeriksaan dijalankan pihak polis di sekitar bandaraya Kuching iaitu dalam beberapa kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di Satok, Tabuan Jaya, Sekama dan Sungai Maong, semalam.


Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani, berkata ketika pemeriksaan dijalankan di premis kedai makan terbabit, didapati ada di antara pelanggan, duduk di dalam keadaan yang terlalu rapat di antara satu dengan lain.


"Terdapat juga pelanggan yang mematuhi SOP di kedai makan tetapi penjaga premis pula gagal mengamalkan SOP yang telah ditetapkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, polis akan mengambil tindakan berterusan terhadap pemilik premis perniagaan yang dibenarkan beroperasi tetapi tidak mematuhi SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).




Sumber: Berita Harian

0 views0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.