Doktor menari dengan lemak, kulit manusia di TikTok



Rio De Janerio: Pakar bedah plastik wanita digantung kerja sementara selepas memuat naik video memaparkannya sedang menari sambil memegang kulit dan lemak pesakitnya.


Daily Star melaporkan, video dimuat naik di laman TikTok itu menjadi tular sehingga menerima kritikan ramai yang menganggap tindakan doktor itu sebagai keterlaluan dan tidak beretika.


Caren Trisoglio Garcia yang bekerja di Minha Surgery di Sao Paulo, Brazil memuat naik beberapa video di TikTok memaparkan bahan berkenaan yang disifatkannya sebagai pencapaian terbaik.


Dalam video itu, Garcia menari mengikut rentak muzik sambil memegang sebahagian besar kulit manusia yang dikeluarkannya daripada seorang pesakit ketika pembedahan plastik.


Video berlainan pula menunjukkan pakar bedah itu memegang sebuah beg plastik yang mengandungi lemak manusia dengan kapsyen tertera `ia merupakan bahagian payudara'.


Garcia kemudian menunjukkan sebuah lagi beg plastik yang dipenuhi cecair dan mendakwa lemak itu dikeluarkan daripada bahagian ketiak.


Lembaga Perubatan Negeri Sao Paulo, Cremes menggantung lesen perubatan Garcia susulan video itu yang dimuat naik dalam media sosial.


Lembaga perubatan itu kini dalam proses menyiasat tindakannya selepas mengumumkan notis tersebut pada 8 April lalu dan lesen perubatan Gracia mungkin dibatalkan selepas dia didapati bersalah.


Pembedahan Plastik Brazil (SBCP) dilaporkan menggantung keahlian Gracia selama enam bulan selepas mendapati memuat naik video yang tidak beretika.


Agensi itu mendapati wanita terbabit melanggar lima peraturan dalaman antaranya berkongsi gambar bahagian badan pesakit biarpun mendapat kebenaran mereka.



--Sumber: Harian Metro

0 views0 comments