Elakkan berjabat tangan, berpelukan ketika berjumpa - PM


KEJAYAAN memerangi memerangi wabak Covid-19 pada fasa pemulihan ini adalah bergantung kepada diri kita sendiri iaitu kesedaran, sikap dan amalan kita.


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, amalan kebiasaan baharu atau new normal mesti diteruskan.


"Jangan kerana kes Covid-19 semakin berkurangan, kita tidak lagi memakai pelitup muka di tempat awam. Pakai lah, jangan tak pakai.


"Penjarakan sosial mesti diteruskan. Pastikan jarak anda sekurang-kurangnya satu meter dari orang lain. Elak tempat sesak dan sempit. Sentiasa beringat untuk elakkan sentuhan badan.

"Saya selalu berpesan supaya saudara saudari semua elakkan berjabat tangan. Saya tengok sekarang dah ada yang bukan sahaja berjabat tangan, malah berpeluk ketika berjumpa sahabat handai dan sanak saudara.


"Ya, itu bagus untuk eratkan persahabatan dan persaudaraan. Tetapi jangan kita lupa. Kita masih berada dalam fasa pemulihan Covid-19. Jadi amalan ini walaupun baik daripada segi pergaulan sosial, namun ia amat tidak baik dari segi usaha


kita untuk melindungi diri sendiri dan orang di sekeliling kita daripada dijangkiti virus Covid-19," katanya menerusi Perutusan Khas Perkembangan Terkini PKPP di Kuala Lumpur, hari ini..






Sumber: Harian Metro

0 views0 comments