Had peserta perhimpunan kekal 250 di Kuching - JPBNS


KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini memutuskan untuk kekal mengehadkan jumlah peserta perhimpunan di daerah Kuching kepada 250 orang sahaja, kata Pengerusinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas. 


“Bagi majlis sosial yang melibatkan perhimpunan orang ramai, daerah Kuching kekal menetapkan hanya 250 orang sahaja dibenarkan.


“Manakala daerah-daerah lain yang berstatus hijau boleh meningkatkan bilangan kapasiti mengikut prosedur pengendalian standard (SOP) yang dikeluarkan,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.


Sementara itu, Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu.


“Saya perlu memberi peringatan ini kerana terdapat beberapa berita palsu ditularkan di media sosial dan berita tersebut menggugat ketenteraman orang awam,” katanya.


Hadir sama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Abang Mat Ali Abang Masagus.



Sumber: Utusan Borneo

0 views0 comments