Henderson kesal Liverpool lepaskan peluang


JORDAN Henderson meluahkan rasa kecewa selepas Liverpool melepaskan banyak peluang sehingga menyebabkan mereka tewas di tangan Atletico Madrid dalam Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi. Tandukan Georginio Wijnaldum membolehkan Liverpool menyamakan kedudukan sebelum ledakan Roberto Firmino dalam masa tambahan di Anfield meletakkan tuan rumah di landasan terbaik ke suku akhir.


Bagaimanapun, dua jaringan Marcos Llorente -- termasuk satu daripadanya hasil kesilapan penjaga gol Liverpool, Adrian -- serta ledakan lewat permainan memberikan kemenangan 3-2 buat Atletico dan mara hasil agregat 4-2. "Anda perlu tanggung mana-mana kesilapan dalam fokus dan seperti saya katakan, kami akan kecewa dengan keputusan ini," ujar kapten Liverpool, Henderson.


"Berdasarkan keadaan kami, melepaskan gol, kami kecewa dan perlu menyalahkan diri sendiri. "Jan Oblak melakukan beberapa aksi tangkas tetapi terlalu banyak peluang yang kami cipta dan semestinya mampu menamatkan aksi lebih awal." Bagaimanapun, Henderson tetap memuji persembahan rakan sepasukannya ketika Atletico mengamalkan corak bertahan dan menunggu untuk mencipta serangan balas. "Jelas sekali kami kecewa," tambahnya. "Saya fikir persembahan keseluruhan agak bagus. Segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang sebelum perlawanan tetapi kami kecewa dengan gol yang dilepaskan."


Source: Astro Awani

0 views0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.