Hudson-Odoi pemain pertama Liga Perdana positif COVID-19


LONDON: Pemain Chelsea dan kakitangan kejurulatihannya, diminta mengasingkan diri ketika Callum Hudson-Odoi menjadi pemain pertama Liga Perdana disahkan positif coronavirus (COVID-19) hari ini.


Berita terbabit mencetuskan keraguan baharu mengenai perlawanan hujung minggu ini selepas pengurus Arsenal, Mikel Arteta juga diuji positif menyebabkan pasukan mereka menjalani perintah berkurung.


“Pemain pasukan lelaki Chelsea, Callum Hudson-Odoi didapati positif coronavirus selepas ujian diperoleh malam ini,” kata kenyataan kelab berkenaan.


“Kakitangan Chelsea yang ada kontak baru-baru ini dengan pemain itu dalam bangunan pasukan lelaki kini menjalani pengasingan sendiri seiring garis panduan ditetapkan kerajaan.

“Ini akan termasuk skuad penuh lelaki, staf kejurulatihan dan beberapa kakitangan sokongan.”


Chelsea berkata mereka akan membincangkan mengenai perlawanan seterusnya bermula dengan kunjungan ke Aston Villa Ahad ini dengan pegawai Liga Perdana hari ini.

Dua jadual membabitkan Arsenal – Rabu menentang Manchester City dan di Brighton esok – sudah dibatalkan kerana virus itu. - AFP


Sumber: Berita Harian

0 views0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.