Jaringan Mane bantu kemenangan Liverpool




LONDON: Sadio Mane membantu Liverpool menghidupkan peluang untuk mencipta rekod Liga Perdana ketika pasukan juara itu menewaskan Aston Villa 2-0 dan mengekalkan kelebihan 23 mata mengatasi Manchester City yang tewas kepada Southampton awal pagi tadi.


Liverpool beraksi jauh daripada tahap terbaik mereka di Anfield tapi masih mampu mengutip tiga mata dalam tempoh 20 minit terakhir.


Mane memecah benteng kebal Villa dengan meledak hasil hantaran lintang Naby Keita untuk jaringan ke-20 musim ini sebelum pemain gantian Curtis Jones, 19, melengkapkan minggu yang hebat selepas menandatangani perjanjian lima tahun kelmarin.


Kemenangan memberikan Liverpool 89 mata dan mereka kini memerlukan empat kemenangan daripada baki lima saingan untuk mengatasi rekod City iaitu 100 mata pada 2017-18.


"Kami berada di mana kami berada kerana kami menang perlawanan sukar," kata Klopp.


"Ia bukanlah persembahan yang hebat tetapi sudah cukup untuk memberikan kami tiga mata."


Villa kekal di zon penyingkiran, satu mata daripada zon selamat ketika mereka bertarung daripada diturunkan ke Liga Kejuaraan. - AFP




Sumber: Berita Harian

1 view0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.