Juventus juara Serie A


MILAN: Juventus meraih gelaran kesembilan berturut-turut Serie A sebentar tadi selepas menang 2-0 mengatasi Sampdoria walaupun masih berbaki dua perlawanan.


Cristiano Ronaldo membuka jaringan pada lewat babak pertama di Turin dan kemudian membantu jaringan kedua oleh Federico Bernardeschi pada minit ke-66.


Pemenang lima kali Ballon d'Or, Ronaldo juga gagal menyempurnakan penalti lewat permainan tetapi skuad kendalian Maurizio Sarri sudah melebarkan jurang kepada tujuh mata berbanding pasukan tangga kedua, Inter Milan seterusnya mengesahkan kejuaraan ke-36 'Scudetto'.


Gelaran berkenaan adalah yang pertama buat Sarri dan melebarkan rekod yang dimulakan Antonio Conte dengan tiga gelaran sejak 2012 dan diteruskan Massimiliano Allegri dengan lima lagi gelaran.


Skuad kendalian Sarri terlepas peluang mengesahkan kejuaraan awal pagi Jumaat lalu apabila skuad dengan gelaran 'Old Lady' itu tewas 2-1 kepada Udinese. - AFP




Sumber: Berita Harian

0 views0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.