'Kakak tak mahu mak dendam...'



Medan: Wanita yang dibakar hidup-hidup suaminya di Sumatera Utara sempat menyampaikan pesanan terakhir supaya ibunya tidak berdendam.


Pesanan itu diberitahu oleh Rani Andriani, 20, kepada ibunya, Supriyati sebelum wanita itu menghembuskan nafas terakhirnya malam Jumaat lalu.


Rani sebelum itu dirawat di sebuah hospital selepas melecur 65 peratus akibat dibakar hidup-hidup oleh suaminya, Junanda, 21, pada 31 Januari lalu,


Kejadian di Percut Sei Tuan, Deli Serdang.


Supriyati berkata, sebelum meninggal dunia, Rani berkali-kali memohon maaf dan meminta supaya dia tidak berdendam.


"Mak jangan berdendam ya. Yang sudah tu biarlah sudah. Kakak tak mahu mak dendam dengan apa yang berlaku.


"Kakak sudah memaafkan (suami). Mak pun sama ya," katanya mengulangi pesanan terakhir Rani kepada Tribune News.


Katanya, dia tidak dapat menahan sedih setiap kali melihat penderitaan anaknya sepanjang menemani Rani mendapatkan rawatan di hospital.


"Namun, saya kuatkan hati kerana tidak mahu mengganggu emosi dan semangat Rani.


"Selama itu juga, saya mencari dana untuk membiayai rawatan Rani.


"Saya berterima kasih kepada penderma yang sudi meringankan beban kami," katanya.


Sebelum ini, rakaman yang tular di media sosial menunjukkan sebuah rumah di Desa Sambirejo Timur, didakwa dibakar oleh seorang lelaki


Berdasarkan rakaman itu, suspek dipercayai turut membakar seorang wanita.


Difahamkan, suspek kini sudah ditahan dan polis masih menjalankan siasatan.


Menurut laporan Jawa Pos ketika kejadian, suami dipercayai kembali ke rumah dengan membawa perempuan lain.


Suspek kemudian menyuruh Rani pulang ke rumah ibunya.


Bagaimanapun, wanita itu enggan menyebabkan lelaki itu keluar dan membeli minyak,


Dia kembali ke rumah itu dan menjirus minyak ke badan mangsa dan membakar wanita itu hidup-hidup.


Satu laporan media media tempatan lain pula menyatakan suspek turut menuduh isterinya curang.



--Sumber: Harian Metro

0 views0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.