Kanak-kanak maut dilanggar 4WD di luar pekarangan rumah



DUNGUN: Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Kampung Cacar Baru, Dungun, Terengganu.


Dalam insiden kira-kira jam 2.50 petang Isnin, mangsa Nur Aira Awatif Mohammad Fadzil, 6, meninggal dunia apabila Mitsubishi Storm yang dipandu lelaki berusia 59 tahun melanggar mangsa yang didakwa keluar dari pekarangan rumah secara mengejut.


Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata pemandu pacuan empat roda yang dalam perjalanan dari tapak perniagaan di Jalan Besar ke sebuah surau itu gagal mengelak dan melanggar mangsa yang ketika itu sedang menunggang basikal.


Keluarga mangsa yang terkejut dengan kejadian yang menimpa anak mereka bergegas membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Paka namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas.


Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.


Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Sumber: Astro Awani

2 views0 comments