Kane buka laluan Spurs ke Liga Juara-Juara


HARRY Kane percaya dia kembali cergas sepenuhnya selepas menjaringkan gol pertama tahun ini ketika Tottenham menang 2-0 ke atas West Ham dalam aksi Liga Perdana awal pagi tadi.


Kapten England itu tampak jauh lebih menyerlah berbanding ketika tampil kali pertama dalam tempoh enam bulan menentang Manchester United, Sabtu lalu dan dia menjaringkan gol kedua Spurs lapan minit sebelum tamat perlawanan.


"Fizikal dan mental saya semakin baik. Saya bekerja keras ketika proses pemulihan, perintah berkurung dan sesi latihan. Saya rasa kembali cergas berbanding sebelum ini," kata Kane yang menjalani pembedahan hamstring sebelum liga terhenti akibat koronavirus.


"Apabila enam bulan tidak beraksi, anda perlukan semangat dan jiwa untuk kembali ke padang. Anda boleh berlatih segigih mungkin tetapi berada di sana amat berbeza."


Tomas Soucek menghadiahkan Spurs jaringan sendiri pada babak kedua tetapi pengurus Hammers, David Moyes tidak berpuas hati dengan menganggap bola terlebih dahulu terkena tangan Davinson Sanchez.


"Sukar dipercayai mereka boleh membenarkan jaringan itu," kata Moyes. "Siapa yang jaga VAR malam ini, dia perlu digantikan. Itu peraturannya."


Kemenangan skuad Jose Mourinho adalah yang pertama dalam lapan perlawanan sejak Februari lalu dan meletakkan Spurs enam mata di belakang kelompok empat teratas serta satu mata di belakang Manchester United di tempat kelima.


Jika Manchester City gagal dalam rayuan mengetepikan hukuman larangan menyertai kejohanan Eropah selama dua musim, tempat kelima sudah cukup untuk layak Liga Juara-Juara 2020/21.




Sumber: Harian Metro

0 views0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.