'Kehidupan kita hampir kembali seperti biasa'


KUALA LUMPUR: Persekitaran kehidupan masyarakat yang hampir kembali seperti biasa adalah petanda baik terhadap sektor ekonomi negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Perdana Menteri berkata, rakyat turut mengambil kesempatan pulang ke kampung dan bercuti dalam negara sejak larangan rentas negeri ditarik balik seiring pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun lalu.


"Saya sendiri pulang ke Muar bersama keluarga beberapa minggu lalu dan sempat saya sekeluarga menikmati asam pedas Muar yang popular.


"Malah, saya perhatikan ramai pelanggan mengunjungi restoran, pusat beli-belah, pusat penjaja dan kedai.


"Saya diberitahu hotel dan tempat penginapan di seluruh negara menerima banyak tempahan daripada pengunjung, lebuh raya utama negara juga kembali sesak dengan kenderaan terutama di hujung minggu.


"Ini satu petanda baik. Sektor ekonomi di negara kita yang terjejas akibat COVID-19 sudah mula rancak dan insya-Allah jika trend ini berterusan, ekonomi negara dapat pulih dengan lebih cepat," katanya ketika menyampaikan perutusan khas sempena PKPP, hari ini.



Sumber: Berita Harian

0 views0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.