Kejamnya...


BAYI perempuan masih bertali pusat dan dipercayai baru dilahirkan tidak sampai 24 jam ditemui dalam kotak air mineral ditutup dengan daun di Persimpangan Jalan Kabus-Jalan Bintang, Kuala Ampang, Ampang, hari ini.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, Balai Polis Hulu Klang menerima panggilan daripada lelaki memberitahu penemuan bayi itu pada 7 pagi.


Menurutnya, pemeriksaan mendapati bayi belum dikenal pasti bangsa masih bertali pusat dan beruri itu berada di dalam kotak sebelum dibawa dengan ambulans ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut.


"Tiada sebarang dokumen atau barang milik bayi seberat 2.8 kilogram dan masih hidup itu ditemui.


"Kes diklasifikasi mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu buang bayi yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan media malam ini.


Noor Azmi berkata, orang awam yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Zanariah di talian 018-9604202 atau balai polis berhampiran.




Sumber: Harian Metro

0 views0 comments

Recent Posts

See All
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.