Kerajaan Sarawak Guna Dana Sendiri, Teruskan Pembinaan Lima Jambatan Utama


KERAJAAN Sarawak akan meneruskan pembinaan lima jambatan utama menggunakan dana sendiri, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg.


Beliau seperti dilapor The Borneo Post berkata dana bagi pelaksanaan kelima-lima jambatan tersebut telah diluluskan oleh kerajaan negeri dan akan diteruskan proses pembinaannya.


Katanya, keputusan yang diambil oleh pihak kerajaan negeri untuk meneruskan pembiayaan projek dengan dana sendiri adalah bagi mengelakkan sebarang penundaan apabila terpaksa menunggu keputusan pihak kerajaan persekutuan yang dijangka akan memakan masa yang lama.


Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Jalan Sungai Maong ke Kampung Segedup, Selasa.


Untuk catatan rekod, kerajaan negeri pada tahun lalu telah meluluskan pembinaan lima jambatan utama sepanjang 928km tersebut, dengan kos keseluruhan RM2.5 bilion bagi menghubungkan jalan-jalan pesisir antara Kuching dan Miri.


Lima jambatan tersebut iaitu; Batang Lupar, Batang Saribas, Batang Krian, Batang Igan dan Batang Kemena, dijangka siap dalam jangka masa lima tahun akan datang.


Menurut sumber, Jambatan Batang Lupar bernilai RM1 bilion, Batang Saribas (RM450 juta), Batang Krian (RM133 juta), Batang Igan (RM350 juta) dan Batang Kemena (RM300 juta). - TvSarawak


UnReportedNews™️®️ #iamSarawakian




Sumber: Sarawak First Media

3 views0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.