Kerajaan tetap tidak akan melonggarkan SOP PKPB ketika perayaan



KUALA LUMPUR: Kerajaan buat masa ini tetap dengan pendirian untuk tidak melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terutama ketika sambutan hari perayaan.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia bertujuan mengelak COVID-19 merebak pula kepada keluarga yang berada di kampung.



"Kalau banyak lagi nak dilonggarkan kita bimbang akan hadapi masalah. Tujuan kita untuk elak COVID-19 covid kepada ahli keluarga kita di kampung.


"Sekarang dah cantik bawah 100 (kes jangkitan), harap ia akan kekal begitu. Kita pernah catat 16 kes.


"Kalau kekal 16 kes sampai hujung PKPB nanti atau catat kurang dua angka, mungkin Kementerian Kesihatan akan buat keputusan terbaik untuk rakyat Malaysia.


"Waktu itu barulah kita akan beri kelonggaran kepada rakyat kita," katanya pada sidang media harian PKPB di Putrajaya, hari ini.





Sumber: Berita Harian

2 views0 comments