Khabib reda pemergian bapa


MOSCOW: Juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov dilihat hadir pada majlis pengebumian bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov yang meninggal dunia, Jumaat lalu akibat komplikasi berkaitan pandemik COVID-19.


Khabib yang mempunyai rekod tanpa kalah, masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi berikutan kehilangan bapanya itu pada usia 57 tahun.


Beberapa kenalan kepada bintang seni bela diri itu dilihat hadir pada majlis pengebumian Abdulmanap selain ramai antara mereka menerusi platform media sosial mengucapkan takziah kepada Khabib atas kehilangan bapanya.


Di sebalik situasi berbeza di UFC, Abdulmanap tetap utuh dengan kepercayaan agama Islam dan prinsipnya.


Paling diingati adalah ketika dia memaafkan Conor McGregor berikutan kata-kata kesat dilemparkan bintang Ireland itu ke atas keluarga Abdulmanap.


Ia berlaku menjelang pertemuan dengan Khabib pada Oktober 2018 yang menyaksikan bintang Rusia itu mencatat kemenangan bergaya menerusi gerakan kuncian ke atas McGregor.





Sumber: Berita Harian

1 view0 comments