Klopp jangka City, United, Chelsea pencabar utama Liverpool


LONDON: Jurgen Klopp menjangkakan Liverpool akan berdepan cabaran sengit untuk gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Manchester City, Manchester United dan Chelsea musim depan.


Skuad kendalian Klopp dimahkotakan selaku juara England minggu lalu yang juga gelaran pertama mereka dalam tempoh 30 tahun.


Mereka merangkul gelaran berbaki tujuh perlawanan selepas mencipta jurang 23 mata berbanding pasukan tangga kedua, City menjelang pertemuan mereka awal pagi esok.


Skuad The Citizens mencipta rekod EPL dengan 100 mata apabila meraih gelaran dua tahun lalu manakala skuad Pep Guardiola tahun lalu mengatasi Liverpool pada hari terakhir.


Ketika skuad Klopp bersedia menghadapi City di Stadium Etihad, dia berkata keputusan terbaharu akan menjadi petanda buat musim depan.


Pengendali dari Jerman itu percaya Liverpool dan City akan berdepan ancaman baharu daripada United dan pemain muda Frank Lampard dari Chelsea.


"Apa saja dikatakan orang, ia tidak penting untuk musim depan kerana pastinya kami (Liverpool dan City) perlu bersedia," kata Klopp.


"Kami melihat United semakin baik. Orang merasakan mereka tiada peluang tetapi kami melihat dengan seorang atau dua pemain bagaimana bagusnya mereka dan betapa bagus mereka boleh jadi, dan sudah tentu mereka tidak akan teruk musim depan, dan kini Chelsea juga begitu.


"Ia bukan menjadi saingan antara City dan kami. Dua musim terakhir ia nampak hanya City dan kami di atas liga, dan City untuk empat atau lima tahun sebelum itu."


- AFP



Sumber: Berita Harian

1 view0 comments