Klopp pengurus tahunan terbaik LMA


JURGEN Klopp dipilih Pengurus Tahunan Terbaik Persatuan Pengurus Liga (LMA) awal pagi ini selepas menamatkan penantian 30 tahun Liverpool untuk menang Liga Perdana.

Klopp membawa Liverpool meraih gelaran Liga Perdana pada musim yang sama mereka bergelar juara Dunia Kelab FIFA.


Pengumuman anugerah kepada pengendali dari Jerman itu dibuat oleh bekas bos Manchester United, Alex Ferguson.


"Jurgen, menakjubkan," kata Ferguson di Sky Sports. "Kita bercakap mengenai Leeds menghabiskan 16 tahun dalam Liga Kejuaraan, tapi Liverpool 30 tahun sejak menang liga itu, menakjubkan.


"Anda sememangnya berhak. Tahap persembahan pasukan anda menakjubkan. Personaliti anda melalui keseluruhan kelab. Ia persembahan yang hebat.


"Saya memaafkan kamu kerana mengejutkan saya pada jam 3.30 pagi untuk memberitahu saya anda menang liga! Terima kasih, tapi sebenarnya anda memang berhak. Tahniah."

Bekas bos Borussia Dortmund, Klopp berkata kepada Ferguson: "Saya tahu ia tidaklah 100 peratus sepatutnya sebagai pengurus Liverpool, tapi saya mengaguminya. Saya masih ingat dialah pengurus British pertama saya jumpa.


"Kami bersarapan bersama. Saya tidak pasti sama ada dia ingat tetapi saya ingat kerana bagi saya saat seperti ini seolah bertemu Pope. Ia amat hebat dan sejak musim itu kami serasi.


"Saya tak terfikir pada ketika ini saya akan memiliki trofi di tangan saya yang dinamakan sempena namanya."




Sumber: Harian Metro

0 views0 comments