Kluster persidangan gereja di Kuching tamat



KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan bahawa kluster persidangan gereja di Kuching yang mula dikesan pada 15 Mac lalu, tamat hari ini.


Penamatan kluster itu dibuat selepas KKM tidak mengesan sebarang kes baharu jangkitan, selepas tempoh 48 hari, iaitu dua kali kitaran pengeraman wabak COVID-19.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata seramai 2,751 individu yang dikaitkan dengan kluster terbabit disaring sehingga hari ini dan 191 daripadanya didapati positif COVID-19.


"Sebanyak 12 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiga kes kematian dicatatkan dalam kluster ini, iaitu kes. ke-358, ke-2,471 dan ke-2,864.


"Kluster ini meliputi sehingga lima generasi dari pelbagai kawasan di Sarawak dan kini, ia sampai ke pengakhirannya.


"KKM ingin mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBS) dan semua petugas yang memberikan perkhidmatan masing-masing dalam segala aktiviti berkaitan kluster ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.



Sumber: Berita Harian

1 view0 comments