Lanjutan moratorium PTPTN bukti kerajaan komited bantu orang muda


KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan melanjutkan moratorium bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuktikan kerajaan komited membantu semua lapisan masyarakat.


Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, berkata ia adalah bukti kerajaan Perikatan Nasional (PN) komited membantu masyarakat terutama golongan muda.


"Saya bersyukur kerana cadangan yang saya angkat kepada Perdana Menteri untuk melanjutkan moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN diluluskan.


"Moratorium ini penting kerana ramai peminjam PTPTN yang masih terkesan oleh COVID-19. Kerana itulah kita bawa cadangan untuk moratoriun dilanjutkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik PTPTN untuk tempoh tiga bulan lagi bermula 1 Oktober ini.


Langkah itu diambil seiring pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengenai lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar bagi mereka yang terkesan dengan penularan COVID-19.


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad dilaporkan berkata, penangguhan itu membabitkan jumlah bayaran balik kira-kira RM375 juta.


Jumlah keseluruhan anggaran penangguhan bayaran balik kata beliau adalah sebanyak RM1.13 bilion dan ia akan diberikan secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.




Sumber: Berita Harian

0 views0 comments