Lelaki disyaki bunuh 3 kucing di dobi


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disyaki membunuh tiga kucing dengan memasukkan haiwan peliharaan itu ke dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi di Desa Aman Puri, Kepong, dekat sini, hari ini.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 39 tahun kira-kira jam 9.30 pagi tadi, berhubung kejadian berkenaan.


"Pengadu memaklumkan menemui tiga bangkai kucing dalam tiga mesin basuh berasingan.


"Mengikut rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, seorang lelaki dilihat memasukkan tiga kucing ke dalam mesin basuh di dobi berkenaan, kira-kira jam 5.30 pagi tadi.


"Siasatan lanjut dirujuk kepada Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Shah Alam untuk tindakan mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Terdahulu, Persatuan Haiwan Malaysia dilaporkan menggesa saksi kejadian dan pemilik dobi itu untuk membuat laporan kepada polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi membolehkan siasatan dilakukan.


Kejadian seumpama itu dilaporkan kali kedua di negara ini, susulan 5 Disember tahun lalu, seorang pekerja kontrak yang memasukkan seekor kucing bunting ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri dihukum penjara 34 bulan dan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang.


Lelaki itu didakwa dengan kejamnya atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap seekor kucing di premis dobi di Taman Gombak Ria, Batu Caves, di sini antara jam 12.54 tengah malam dan 1 pagi, pada 11 September 2018.




Sumber: Berita Harian

1 view0 comments

Recent Posts

See All
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.