Liverpool harap "bantuan" Man City


LIVERPOOL: Liverpool memerlukan bantuan Manchester City untuk menamatkan kemarau 30 tahun kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas diikat 0-0 oleh Everton.


Everton hampir memecah kebuntuan apabila rembatan Tom Davies terkena tiang dan Alisson Becker menyelamatkan percubaan Dominic Calvert-Lewin bagi menafikan kemenangan pertama Blues dalam pertemuan tetangga Merseyside itu sejak 10 tahun lalu.


Liverpool kekal di landasan untuk menjuarai liga dengan kelebihan 23 mata ke atas pesaing terdekat City.


Reds berpeluang memastikan kejuaraan di laman sendiri menentang Crystal Palace Rabu ini sekiranya City kendalian Pep Guardiola tercicir mata kepada Burnley awal pagi esok.


Bagaimanapun, jika City menewaskan Burnley dan Chelsea pada Khamis, peluang terdekat untuk Liverpool menjulang trofi ialah pada 2 Julai di laman lawan.


"Kedua-dua pasukan menunjukkan yang mereka sedar ia adalah pertemuan tetangga walaupun tanpa penonton.


"Sengit, fizikal, semua pemain terbabit," kata pengendali Liverpool Jurgen Klopp.


Pengendali Everton Carlo Ancelotti pula berkata: "Kami mempunyai dua atau tiga peluang untuk menjaringkan gol. Kami tidak bernasib baik."


Sementara itu pertahanan Liverpool Virgil van Dijk gembira dapat kembali beraksi selepas liga tertangguh tiga bulan akibat pandemik COVID-19.





Sumber: Berita Harian

1 view0 comments