Luar 'original' dalam cincai



Putrajaya: Hasilkan sendiri formula 'cincai' bagi mengeluarkan minyak pelincir jenama tiruan untuk kenderaan berat tanpa mengikut piawaian dan kualiti ditetapkan.


Minyak pelincir untuk kegunaan kenderaan berat terutama lori dan treler itu kemudian dipasarkan sindiket di sekitar Lembah Klang pada harga antara RM185 dan RM240.


Bagi mengelirukan pengguna, sindiket turut menampal logo dan pelekat palsu menyerupai syarikat pengeluar minyak terkemuka.