Mayat lelaki berulat ditemui dalam semak



PORT DICKSON: Mayat seorang lelaki dalam keadaan berulat ditemui dalam semak di simpang jalan berhadapan Pantai Cahaya Negeri, dekat sini semalam.


Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, polis menerima laporan penemuan mayat lelaki tanpa pengenalan diri itu kira-kira pukul 4.31 petang daripada orang awam.


Katanya, mayat terbabit ditemui orang awam ketika membuang air kecil di kawasan semak berkenaan.


“Berdasarkan keadaan mayat ketika ditemui, mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh beberapa hari.


“Butiran mayat tidak dapat dipastikan lagi kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui,” katanya dalam satu kenyataan.


Tambahnya, tiada unsur jenayah dikesan dan mayat telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.


“Pihak polis juga meminta mana-mana individu yang kehilangan saudara-mara untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson bagi membantu siasatan,” katanya.



– Sumber: UTUSAN

0 views0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.