McGregor beri isyarat mungkin kembali



LONDON: Connor McGregor memberi ingatan kepada peminatnya di Twitter berhubung sasaran beliau pada 2013, sambil meningkatkan harapan untuk kembali ke UFC dengan keazaman untuk melengkapkan semuanya.


Ini termasuk memperoleh tali pinggang hitam berprestij jiu-jitsu selain plak Dewan Kemasyhuran - dan mungkin akan kembali ke UFC.


Selepas menewaskan Max Holloway, McGregor menerusi twitter pada November 2013 berkata: "Saya hanya mahu dua tali pinggang emas, tali pinggang hitam jiu-jitsu, plak dewan kemasyhuran dan 25 juta dalam bank. Adakah itu terlampau? masa untuk gym!!"


Dan mengingatkan kembali peminatnya hari ini, dia menulis: "Impian dan aspirasi 2013 saya. Sebahagiannya sudah hampir. Mengatasi yang lain. Sesuatu yang saya semakin hampir masih akan berlaku.


"Syukur dan selamat hari Selasa untuk semua! BEKERJA UNTUK IMPIAN ANDA! #GymTime"


McGregor, 31, memang sudah melepasi sasaran 25 juta pound (RM134.36 juta) dengan Forbes menyatakan dia mengumpul lebih 38 juta pound (RM204.22 juta) tahun ini.


Kebanyakan peminat percaya atlet Ireland itu sudah pasti akan dimasukkan dalam Dewan Kemasyhuran UFC. - AGENSI




Sumber: Berita Harian

0 views0 comments
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.