Naik taraf perniagaan dan nikmati penjimatan dengan geran pendigital PKS



PENERAPAN digital dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini dilihat antara kaedah membantu peniaga memacu operasi dan memastikan kemampanan perniagaan.


Serangan pandemik yang tidak dijangka awal tahun ini memberikan tamparan buat peniaga PKS yang bergantung nasib dengan perniagaan secara fizikal.


Kebanyakan peniaga tidak mengetahui cara untuk mendigitalkan perniagaan sedia ada dan ada dalam kalangan mereka bimbang dengan keselamatan perniagaan menggunakan teknologi terkini.


Memahami situasi yang dihadapi oleh PKS dan bagaimana kebanyakan mereka terkesan dalam ketidaktentuan ekonomi, Boost tampil dengan inisiatif pembantu peniaga mengembangkang perniagaan sedia ada secara dalam talian.


Boost menyokong digitalisasi industri menerusi geran pendigitalan PKS yang membantu mempercepat peluang penerapan digital dalam kalangan PKS.


Ini selari dengan inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan kerajaan bagi mendorong lebih ramai usahawan PKS mengembangkan perniagaan secara dalam talian.


Menerusi geran ini, empat pakej digitalisasi dirangka bagi membantu peniaga memulakan dan memindahkan operasi perniagaan secara dalam talian dengan bantuan sifar pembayaran pendahuluan.


Kerajaan akan memberikan geran 50 peratus sehingga RM 5,000 kepada setiap syarikat untuk melanggan perkhidmatan digital melalui penyedia perkhidmatan teknologi (TSP) yang terpilih.


Boost sebagai penyedia perkhidmatan e-dompet memberi peluang untuk peniaga meluaskan perniagaan dengan penyelesaian e-dagang menerusi empat pakej geran yang menarik dan pengiklanan digital.


Peniaga boleh menikmati pek permulaan perniagaan digital menerusi aplikasi perniagaan Boost bernilai sehingga RM15,000 serendah RM1,000 melalui pakej MicroSME.


Syarat kelayakan


PKS berminat memohon geran pendigitalan hendaklah berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beroperasi sekurang-kurangnya setahun dengan 60 peratus pemilikan warganegara Malaysia.


Minimum perolehan tahunan mestilah RM50,000 bagi syarikat yang beroperasi lebih daripada dua tahun dan RM100,000 bagi syarikat yang baru beroperasi selama setahun.


Apa yang peniaga akan dapat?


Geran ini menawarkan penyelesaian kepada PKS dengan menyediakan platform perniagaan digital melalui aplikasi Boost.


Peniaga akan dilengkapi dengan solusi kepada perniagaan digital bagi membantu memulakan perniagaan secara dalam talian.


Melalui platform perniagaan ini juga, peniaga dapat mengembangkan lagi perniagaan dan menarik pelanggan sedia ada dan baru.


Perlindungan kewangan dan pinjaman turut ditawarkan kepada peniaga dengan pembiayaan mikro berjumlah RM 10,000 serta moratorium.


Adaptasi digital dengan aplikasi Boost


Menerusi Geran Pendigitalan PKS bersama Boost ini, peniaga dapat memberi sepenuh tumpuan menguruskan perniagaan tanpa perlu bimbang kerumitan untuk mengendalikan platform perniagaan digital kerana Boost menawarkan servis perkhidmatan dalam talian yang sistematik.


Peniaga akan dilengkapi dengan servis e-dompet Boost yang menawarkan penyelesaian e-dagang bagi memudahkan proses adaptasi digital dalam operasi perniagaan seharian, ini termasuk aplikasi perniagaan Boost yang membolehkan peniaga mengesan sejarah transaksi dan mengumpul data jualan.


Selain itu, dengan Business Payment Link peniaga boleh mengaplikasikan transaksi tanpa sentuh yang lebih mudah dan selamat, peniaga hanya perlu menghantar pautan URL melalui aplikasi e-mel atau pesanan kepada pelanggan untuk meneruskan pembayaran.


Peniaga juga akan disenaraikan di Boost Marketplace sebagai salah satu cara mempromosikan perniagaan yang baru kepada 9 juta pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Boost.


Ini secara tidak langsung dapat menarik minat pengguna aplikasi Boost dan menghasilkan pelanggan berulang yang menggunakan pulangan tunai dan senarai dalam talian.


Pakej geran dengan sifar pembayaran pendahuluan

Kerajaan menawarkan pelan digitalisasi PKS sehingga RM 5,000 - FOTO Boost


Geran Pendigitalan PKS menawarkan empat pakej merangkumi pakej MikroSME, Basic, Premium dan Gold dengan permulaan serendah RM2,000 (hanya perlu membayar RM1,000 melalui pakej kemasukan PKS) daripada nilai sebenar pakej RM 15,000.


Menerusi pinjaman peniagaan, peminjam mikro juga boleh menikmati pakej geran dengan sifar pendahuluan dan memohon moratorium selama 6 bulan daripada tarikh pinjaman dibuat.


Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan (MOF) akan bekerjasama dengan


Bank Simpanan Nasional, SME Bank dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam menguruskan pemberian dana kepada PKS yang layak.


Peniaga khususnya usahawan PKS diseru untuk tidak melepaskan peluang memohon Geran Pendigitalan PKS menerusi aplikasi Boost sebelum 31 Disember ini.


Untuk maklumat lanjut mengenai geran pendigitalan PKS melalui Boost dan bagaimana anda boleh mendaftar dengan mudah, layari www.myboost.com.my.



-- Sumber: Harian Metro

1 view0 comments