Nilai patriotisme, perpaduan perlu dalam PLKN baharu


KUALA LUMPUR: Aspek patriotisme, perpaduan, kesukarelawanan dan disiplin wajar dijadikan asas dalam mewujudkan program baharu bagi menggantikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).


Bekas Pengerusi Alumni PLKN, Mohd Syafik Mohd Taufik, berkata Brunei mengguna pakai model PLKN sebagai acuan pelaksanaan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) di negara itu dan ia dilihat berjaya.


"Ramai yang mempertikaikan sejumlah besar perbelanjaan kerajaan yang disalurkan dalam program ini termasuk keberkesanan ia dijalankan sehingga mengakibatkan pemansuhan program itu.


"Secara peribadi saya berpendapat ia boleh diteruskan dengan pengubahsuaian tertentu serta penambahan aspek latihan yang melayakkan pelatih menerima sijil kemahiran sebagai nilai tambah kepada aspek, patriotisme, perpaduan, jati diri dan kesukarelawanan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mohd Syafik berkata sejak PLKN dilaksana pada 2004, lebih 600,000 sudah menjalani latihan itu dan lapan persepuluh bekas pelatih menjadi ejen penyubur perpaduan kaum.


"Justeru pelaksanaan program ini perlu disegerakan memandangkan nilai cinta kepada negara dan semangat perpaduan dilihat semakin rapuh, demi kestabilan dan keamanan negara tercinta," katanya


Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, dilaporkan berkata, kerajaan akan memperkenal program baharu bertujuan menyemai semangat patriotisme dalam diri rakyat, bagi menggantikan PLKN dan Biro Tata Negara (BTN) yang dimansuhkan kerajaan terdahulu.


Struktur baharu bagi program berkenaan sedang dimuktamadkan dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri tidak lama lagi.




Sumber: Berita Harian

0 views0 comments

Recent Posts

See All
COntact us
  • Grey Twitter Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Instagram

© 2020 by The Pillar News.