Pandangan YB Karim Hamzah tentang vaksinasi dan prn sarawak



Pada hari Selasa lalu saya telah memberi respon terhadap kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Encik Khairy Jamaluddin yang menyatakan bahawa Sarawak sedang mempertimbangkan untuk menggunakan sejenis vaksin sejajar dengan matlamat negeri itu yang menyasarkan penduduknya dapat menyelesaikan vaksinasi pada Ogos depan sebelum pilihan raya negeri #PRN.


Rakan media kita dari MalaysiaNow telah sudi mendapatkan respon saya mengenai perkara ini dan ianya sudah bukan rahsia lagi bahawa #PRN Sarawak akan diadakan tidak lama lagi dimana negeri kita merupakan satu-satunya yang menjalankan PRN berasingan daripada pilihan raya umum #PRU.


Saya turut menyatakan bahawa Kerajaan Sarawak berniat untuk menyelesaikan program vaksinasinya pada Ogos depan bagi memberikan laluan pelaksanaan pilihan raya negeri (PRN) di #Sarawak dalam tempoh 60 hari selepas #DUN dijadualkan bubar pada Jun.


Kerajaan Sarawak mesti melengkapkan program vaksinasinya supaya ia dapat mengelak peningkatan kes #Covid19 seperti yang telah berlaku dalam PRN Sabah tahun lalu.

Selain daripada itu, hanya perintah darurat sahaja yang boleh menunda pilihan raya atau mengubah situasi di samping turut menambah perintah darurat ketika ini akan tamat pada 1 Ogos depan.


Jadi, jika darurat ketika ini tangguhkan sidang DUN, maka ia tidak boleh dibubarkan pada 6 Jun depan, sewaktu penggal pentadbiran tamat. Ia akan secara automatik terbubar selepas darurat tamat pada 1 Ogos depan.


Gabungan Parti Sarawak #GPS kini menguasai 68 kerusi daripada jumlah keseluruhan 82 kerusi yang terdiri dari Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu #Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).



--Sumber: Facebook YB Karim Hamzah

3 views0 comments